CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 17, 2011

..:: ooOoOoohh.... Exam ::..

Jangan stress ketika exam. Itu yg paling penting. ^_^
As'salam kengkawan.
Ini hanya entry pendek bagi melepaskan rasa rindu kepada Miss Blog. :')
Ermm. sekarang ni saya masih lagi sedang ber'exam. (bahasa apa itoo. ignore.) So, memang tiada masa nak update entry canteq, menarek, tertarik kau memang d bomb. Eh, apa pulak ni. So, lepas exam je insyaAllah saya akan update banyak entry-entry menarik especially berkaitan travelling. 
I wanna share with u olss the place that I had been before. Hehe. 
So, ada tips n picture menarik menanti anda untuk entry travelling itu nanti yup. 
Orait, paper exam da abez da 4. Ada 3 paper lagi menanti. So, wish me all d best. 
Hopefully can score much more, much more, much more better. ^_^
Amin.

Here it is. My final exam schedule.
English For communication 2 : 9may
International Business : 10may
Hubungan Etnik : 11may
Managerial Maths : 14may
Organizational Behaviour : 19may
Business Law : 23may
Microeconony : 26may

3 more to go. Chaiyo Dewi. Ahaks. 
Ow ya, to those who suddenly drop by at my blog and do read this entry, just wanna say..........
 'HYE THERE.. SALAM PERKENALAN DI DUNIA MAYA TANPA SEMPADAN' 
hehehe.
Yang tengah exam tu, oll d best guys. May ur result will come out with flying colours... (n_n)
Tatata.

usaha tangga kejayaan. hehehe

p/s: Saya tak sabar nak habiz exam. huhu. 

Sunday, May 15, 2011

CONTEST AKU, HITAM DAN MERAH

As'salam.
                 Dewi kembali lagi ke dunia blogging. Dunia maya tanpa sempadan. Hehe. Saya dah lama tak update Miss.Blog ni sebab sekarang ni saya sebok dengan exam. (seboklah sangat) Tapi oleh sebab next paper ada gap 4hari, maka dengan ini saya merajinkan diri untuk update Miss.Blog ni. Kali ni saya update entry dengan join contest ni. CONTEST AKU,HITAM & MERAH. Menarik kan kawan-kawan? Hah.. Kalau rasa menarik tu, meh la join contest ni sekali. Kita bagi ramai peserta contest ni. Biar 
CIK SENAH pening kepala nak pilih pemenang. Hehe. Ow ya, nama penganjur untuk contest ni ialah 
Cik Senah. Membahasakan diri beliau sebagai CS. ^_^ 
Orait, like usual every contest got its own terms & condition ryte. So, here it is.
(Saya c0py dari blog Cik Senah)
Sila klik kat sini : CONTEST AKU, HITAM & MERAH. ^_^

CONTEST AKU HITAM DAN MERAH
SYARAT-SYARAT :

1. up to uolss nak follow my blog or not!~>.... tiada paksaan...( tapi susah la tau perkembangan if tak folow kan) (DONE!)
2.letak banner kat bawah ni kat korangnye entry and sidebar dan link kan terus ke entry ni!~... (DONE!)
3.pertaruhkan maksimum 2 pic pada masa yang sama tetapi  post yang berbeza (DONE!)
4. dan sila jawab soklan dibawah
 saya rasa saya nampak .................................. dengan warna hitam&merah kerana ....................... (DONE!)
5. tag kan kepada 4 rakan anda....... dan pastikan anda memberitahu mereka okeh!~......(DONE!)
6. cam biasa tinggalkan URL entry anda di ruang komen entry ini........ (DONE!)
7. tarikh tutup 27 MEI 2011 
(yg ini tak perlu kita nak bagi 'DONE'. hehe)


...................................................................................................................................................
....................................................................................................................................
....................................................................................................................

Syarat pertama : Kalau rasa-rasa nak follow blog CS, sila follow. Dan saya dah follow dah. Senang nak taw pasal update kan. (n_n) Macam trademark DIGI, i'll follow you~~~ hehe

Syarat kedua : Letak banner besaww tu dan letak gak kat side bar then link kan. Pun saya dah buat. Ok, anda memenuhi syarat. :p

Syarat Ketiga : Hah. Syarat paling penting ni. Pertaruhkan 2 picture tetapi post berbeza.
Dengan itu, setelah menyelongkar folder album dalam laptop saya, akhirnya saya menemui 2 keping picture 'merah hitam' yang sesuai. Hahaha. (ketawa jahat) Jom review picture.
~
~
~
~
~
~
~
~
sila klik picture untuk melihat gambar dgn lebih jelas, terang & nyata. :p
Inilah picture pertama. Merah & Hitam bukan? (sila kata 'iya') :)
Ini pula picture kedua. Pun merah & hitam kan? :)
Syarat keempat : kena jawab soalan yup.
Saya rasa saya nampak.......
lebih terserlah, menarik, dan berani termasuk chomey 
(oops. Puji diri sendiri. Sila ignore.)
dengan warna hitam&merah kerana bagi saya tak semua orang berani mengenakan pakaian berwarna merah dan hitam sebabnya warna ini kelihatan agak menyerlah dan mungkin jugak di cop sebagai warna yang agak 'garang' bagi sesetengah individu. Tetapi, setiap individu ada kebebasan untuk memilih style mereke tersendiri dan terpulanglah sama ada mereka nak pilih warna merah & hitam sebagai outfit mereka. So, bagi saya individu yang memakai outfit especially merah memang akan kelihatan lebih berani sinonim dengan simbolik warna merah itu sendiri dan hitam pula dengan 'kemanisan' tersirat yang ada pada individu itu. Hitam manis kan. ^_^

Orait, da hampir memenuhi semua syarat.
Dan bagi memenuhi syarat terakhir, saya nak tag kawan-kawan pulak.
Haipp. Tahniah korang kena tag. Hehe.

Okies, selesai sudah semua. Dan sekarang saya nak tinggalkan link kat blog cik senah. 
Bye-bye semua. Thanx. (n_n)

p/s: picture credit to mr.mf and guys wish me luck. 
( i mean for my exam & so do for this contest. hehe. )


Sunday, May 8, 2011

CONTEST: I LOVE MY MOM

Contest : I LOVE MY MOM
As'salam.
YehooooOoO. Nak join contest. Hehe. Sgt tertarik dgn contest yang dianjurkan oleh Cik Norlida ni taw. Sebabnya contest ni bertemakan 
HARI IBU=HARI MAMA=HARI MOTHER=HARI UMI=HARI EMAK=HARI MUMMY 
(dan yang sewaktu dengannya.......^_^)
Orait. Seperti biasa, setiap contest pasti ada syaratnya bukan.
Ini syarat-syarat bagi siapa-siapa yang nak join contest tu. (copy dari cik Norlida...)
  1. follow blog ni untuk tau perkembangan terbaru (taknak pun tak pe) (DONE)
  2. letak header blog ni dan link kan ke entry ni (DONE)
  3. buat entry mengenai contest ni..CONTEST: I LOVE MY MOM . dalam entry mesti ada:
   ~bagi kutukan membina/cadangan untuk meningkatkan mutu blog ni (DONE)
  ~ buat 1 cerita/kisah anda bersama si emak tersayang(sedih or hepi terpulang) (DONE)
  ~ letak 1 gambar dengan emak yang paling ceria/bahagia (DONE)

    3. lastly, tag 2 orang kawan & tinggalkan link di komen (DONE)

   ~ itu je...entry yang dapat memikat hati Ida akan jadi pemenang

  ~ ida akan pilih 3 orang pemenang (hadiah + review blog)

TARIKH TUTUP : 1 JUN 2011 (12 MALAM)


oK. Itu tadi pasal syarat nak join contest ni. Dengan itu, saya nak mulakan langkah untuk memenuhi syarat contest ni. Hehehe..
Syarat pertama : saya da follow blog cik Norlida nie. Dia kata ada two option samada nak follow ke tak, then I'll choose to follow.. hehe
Syarat kedua: Cik Norlida suruh kita letak header blog dia & link kan dgn contest tersebut. Pun saya da buat jugak. Ada kat atas tu. ^_^
Syarat Ketiga: Buat entry mengenai contest tersebut.

ok. Kepada Cik Norlida, blog kamu canteQ. Saya suke. simple & nice sahaja. Tak byk widget and senang nak loading. Cuma pada awalnya, saya ternanti-nanti header blog kamu kat atas tu. Sebabnya lambat sikit header tu keluar. Tapi, yang tu rasanya masalah line internet kat tempat saya kot or masalah size header kamu yg agak besar. ( memandai je saya ni.. hehe..) Tapi, overall.. Bagi saya blog kamu canteq. Saya pun tak layak nak komen banyak sebab Im still newbie dalam dunia blogging ni. 
Thanx sebab anjurkan contest mcm ni. Mula-mula saya memang nak wat entry pasal HARI IBU ni. Tiba-tiba saya tertengok contest yang cik norlida ni anjurkan. Then, saya join la contest ni. Sambil menyelam sambil minum air. sambil join contest, sambil tu update entry. hehe. Sweet gitu. ^_^

Orait. Bila bercerita atau sebut pasal Ibu, mama, bonda, umi, mummy, emak dan sebagainya. Saya pasti setiap insan yang ada kat bumi ni mempunyai mama. Sedangkan binatang sendiri pun ada mama kan. Ye tak kawan-kawan? So, bagi saya pengorbanan dan sumbangan yang mama kita telah berikan kepada kita memang tak dapat nak ditandingi dengan apa pun pembalasan yang kita berikan kepada mereka.

Bercakap soal mama, pertama sekali yang saya nak kongsikan di sini ialah nama mama saya. Beliau bernama RAMLAH BINTI SIRAJUDDIN. canteq kan nama mama saya? sebab mama saya pun canteq. hehe. 
(korang kena kata 'iya' taw..) Bagi saya, mama adalah BEST FRIEND saya seantero dunia ni. 
( wo0o0o0o...) sebab mama lah yang paling taw dengan perangai anak dia ni dari perangai baik sampailah perangai buruk. 
Siapa lagi yang paling kenal dengan kita melainkan mama kita sendiri.


Mama merupakan seorang ibu yang sangat mengambil berat pasal hidup anak-anakya terutama perkara berkaitan pelajaran. Mama telah menghantar saya ke sekolah tadika seawal usia saya 5Tahun. So, kiranya saya ni berTadika 2tahun la (bahasa apa entah BerTadika.) Lepas tu, mama hantar saya masuk ke sekolah rendah tatkala usia saya menginjak 7tahun. Selain itu, mama juga telah menghantar saya ke sekolah agama iaitu KAFA (kelas Al-Quran & Fardhu Ain) seawal usia saya 7 Tahun sehinggalah saya darjah 6. Adik-adik saya yang lain pun memang menerima pendidikan sekolah dan agama sama seperti yang saya lalui. Bila saya tanya mama kenapa hantar kami ke sekolah tu semua. Mama akan jawab macam ni.
" Mama hantar anak-anak mama ke sekolah ni sebab mama nak anak mama nanti jadi manusia yang ada pendidikan. Tak macam mama ni. Mama dulu, masih rasa nak study tapi dah tak dapat nak sambung sebab hal-hal tertentu."

Mama saya tak mendapat pendidikan yang tinggi mana pun. Mama orang biasa yang lahir dalam keluarga yang biasa tetapi bagi saya mama saya lah salah satu wanita luar biasa yang ada kat dunia ni.
Mama wanita luar biasa sebab dia mampu lahirkan kami 4 orang beradek ke dunia dengan sempurna. 
Mama wanita luar biasa sebab mama berjaya mendidik saya supaya saya menjadi siapa saya pada hari ini.
Mama wanita luar biasa sebab mama lah tempat saya bergantung hidup.
Mama wanita luar biasa sebab dia mama terbaek yang saya pernah ada kat muka bumi ni.
(Mama korang pun pasti luar biasa kan kawan-kawan?? ^_^ )


Walaupun ada yang mengatakan bahawa HARI IBU ni haram untuk disambut, tetapi bagi saya terpulang lah kepada nawaitu a.k.a niat individu itu sendiri. Memanglah hari-hari adalah hari ibu. Tapi 9may2011 ni adalah hari ibu yang istimewa yang mana semua orang akan meraikan dan mengucapkan selamat hari ibu kat ibu-ibu mereka. Kita bukannya akan bagi ucapan SELAMAT HARI IBU tu hari-hari kat ibu kita. Mungkin ada yang berbuat demikian, tapi saya percaya tidak semua. So, kawan-kawan yang nak sambut hari ibu tu korang sambutlah. Yang penting niat kita terhadap sambutan hari ibu itu tidak terpesong dari akidah kita sebagai seorang muslim. Ye tak? ( amboi.. macam ustazah pulak.. hehe.. )

Sempena Hari Ibu ni, saya nak bagi wish kat mama supaya mama sentiasa sihat-sihat selalu dan berbahagia dengan hidup sehariannya. Sesunggunya, tiada insan lain yang dapat menggantikan mama. Mama segalanya buat kami 4 beradik. Semoga Allah mengurniakan mama umur yang panjang sampailah anak sulung dia ni dah berkahwin, beranak-pinak dan sampai mama dapat jadi seorang nenek. Maafkan semua kenakalan yang saya pernah buat sampai mama marah. So SooooOoory.... T_T
Dari kejauhan ini, saya nak jerit kat mama sesungguhnya : 
" I LOVE YOU MOM. REALLY LOVE YOU. You are the most beatiful Lady in my heart."
(n_n)
Lets review my mama picture.
..:: I LOVE YOU MOM ::..
sHe's really a beautiful lady.
*this picture was taken when I was graduated for my former form 6*
Dengan itu, saya nak tag dua member saya.

(^_^)

Thats All. Thanx For Reading.

Saturday, May 7, 2011

..:: Hari Jadi BFF lagi ::..

Happy birthday wish from sintoque Jungle~~ yeeehaaa....
As'salam.
               Bila bercakap pasal BFF pasti semua orang akan tersenyum lebar. Yelah, saya yakin + confident yang semua org pun ada BFF kan. BFF ni la kadang-kadang org yang kita akan anggap macam family kita sendiri. Sebabnya, kita boleh cakap apa je yang kita nak kat BFF ni. Dengan mereka ni la kita akan tunjuk perangai hodoh kita tu yang agak exclusive dan tak mungkin kita akan tunjuk kat siapa-siapa. Ye tak?
KATHY DEVILA. mwahahaha
            Oklah, untuk entry kali ni, saya nak memberi ucapan SELAMAT HARI KETUAAN 
(7 MAY every year.) kepada salah seorang besties saya. Nama penuh dia KATIJAH BINTI ROSPIN (silalah lawat blog dia gak ^_^ ). Mcm biasa, kami panggil dia KATHY. Cool gitu. Setadi kat UPSI. Alah, Universiti untuk cegu-cegu too. Haha.  Dalam kalangan kami 7org BFF ni, si Kathy ni la yang kononnya paling muda sebab BFF yg lain da befday dalam bulan January sampai april. 
Dia sekor ni je yang lambat lahir ke dunia.
Dia suka STICH. *tapi ni stich pose kat kedai, bukan dia punye.* hahaha
Untuk Kathy, sayang ko pare. (ayat-ayat cinta kejap.) walau apa pun terjadi, kita tetap BFF. Itu hakikat yang tak dapat nak ubah da. Kalau ko nak ubah, ko jangan harap. Hahaha..
 untuk itu, saya nak bagi beberapa wish spesel punye :

1) cepat-cepat kaya (beli kapal terbang satu utk saya supaya senang nak ulang alik sabah-kedah)
2) cepat-cepat grade ( jadila cikgu yang berbakti pada tanah air, bangsa & negara. Hahahaha…)
3) cepat- cepat kahwin ( sebab, saya nak jadi pengapit.. hehehe..)

Hah. Itu je la kot. Banyak2 wish kang, x tercapai pulak kan…:p

Jom review2 gambar-gambar utk mengimbau kenangan kita zaman 70-an dulu. ( eh, 70-an?? )
waktu kita muda. haha. waktu kathy masih ermm.. apa2laaa...:p
Pun.. Pose dekat kedai jugak. hahaha
Sila Duduk Yang Berhormat~~ Saat-saat kita menjadi debaters dahulu. hahaha
Kathy~~ muka kita masa kecil-kecil dulu. Funny ryte?? :p
Latest picture kami kot. Best time ni. Waterfall..~~
sorry kathy. I suddenly found this funny LOL picture in my album folder. hahahahaha. jom gelak~~
Orait. Itu je laa. (masih nak gelak sebab picture terakhir tu. hahahahahaha. credit to me~~ )
HAPPY BIRTHDAY KATIJAH. I LEBIU OK..^_^

I suddenly miss all this 6 manusia kedot. huhu.. T_T

p/s : semoga Allah memberkati kita semua.. (n_n)
Kathy. I found diz creatures when I was visiting penang dat day. (museum toy) haha. chomey.

Thursday, May 5, 2011

..:: Pasar Malam Cangloon ::..

PMC = Pasar Malam CangLoon
As'salam.
Nyam-nyam. Yummy. Sedap. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Hehehe.
Saja nak berkongsi dengan kawan-kawan kat luar sana yang tak taw pasal PMC a.k.a Pasar Malam Cangloon. Mana nak cari wooo. PMC ni ada kat cangloon je. Dah nama dia pasar malam cangloon kan, so memangla tempat dia kat Cangloon je. ( Awatlaa bengap sangat ni.) erm.. ok2..
Semua org blur bila tgk saya posing kat tgh2 pasar ni...T_T
Saya dan rumet *roommate* saya yang nama dia HERA YUSYKIE, she’s not Japanese ok. Hehe.. 
Hera Binti Lukman laa. Ow ye, sambung cerita. Dan beberapa rakan-rakan yang laen 
(Jue, Fikah Kedot & Kinah) telah berpusu-pusu menuju ke varsity mall (uum je ada ok.) untuk menanti kedatangan  bas unicliner (pun uum je ada.) yang mana akan membawa kami menuju ke cangloon dengan percuma. Yehoooo
(woo.. baeknyew uum. Siap bagi kami perkhidmatan bas free > cangloon shj.)
Si Hera yang beli byk makanan. At last, kami x mkn habeez.
Rumet si Hera yang chomey. hahaha
*Setibanya di cangloon*

Saya dan kawan-kawan saya tadi tu terus menerjah   C-MART (cangloon je ada.) untuk dilawati dan untuk di sedekahkan duit kami kepada kedai-kedai berkenaan. (contohnya : kedai yang jual shawl & selendang lawa) Dan hasilnya, saya sempat merembat 2 helai shawl baru untuk dibawa pulang ke bumi sintok. Hehehe. (kalau mama saya taw, confirm saya yang kena rembat cuz asyik beli shawl je tak sudah..T_T) 
korang semua shhhhhhhh taw.

Lepas tu, kami menuju la ke tempat yang dinamakan PMC. Wooooo… rumet saya sungguh girang kerana melihat banyak makanan yang ada kat PMC ni. ( Rumet saya suka makan. Hahaha..) Tanpa berfikir panjang, kami pun menerjah beberapa gerai yang terpilih untuk dilawati. Hehe.. finally, kami beli la makanan untuk menjadi hidangan DINNER kami kat bilik malam tu. Di antara makanan yang sempat kami rembat adalah satay, popiah, ayam madu, burger goreng dan paling penting DURIAN. Woo… giler la. Akhirnya dapat gak makan durian. Kami beli dua je. Saya satu, rumet saya satu. Malangnya, terasa seperti tak cukup. (nak lagi..)
Hasil Rembatan Dewi + Hera
Bluuuerrpppp.. Alhamdulillah. Kenyang Tersangatlah kenyang. Terima kasih kepada pakcik2 driver unicliner yang sudi mengangkut kami ke PMC. Hehe.. tanpa mereka takdelah kami dapat ke PMC. (ye ke? )
Nyam3. Silalah TENGOK shj. kami da mkn abeez da. hehe
Ok, cukup sampai di situ. See you next entry. Tata.








Sunday, May 1, 2011

..:: Minggu Study Week ::..

As'salam.
Pasti semua kawan-kawan yg duduk di kampus akan merasakan MINGGU STUDY WEEK kan. Setiap individu pasti akan ada perkara yg ingin dilakukan pada minggu-minggu study week nie terutamanya
BALIK KE KAMPUNG HALAMAN & amat haram laa bagi pelajar yang datang dari sabah sarawak utk memanfaatkan study week dengan balik ke kampung halaman. (Apa kau ingat tiket 'belon' itu murah?) So, biasanya yang akan duduk dan menjaga 'keselamatan' kampus adalah budak-budak sabah sarawak
 (I am Sabahan.. ) & beberapa budak dari negeri lain yang baek hati nak temankan kami.
Tapi, untuk kali ini, saya tidak lagi mendapat tugas utk menjaga 'keselamatan' kampus kerana saya
BALIK KAMPUNG~~ yehooo... (apa korang ingat, korang je ada kampung?? ) hahaha..
dengan penuh rasa bangga bukan maen lagi kan. 

Sebenarnya, saya balik kampung keluarga angkat yang saya da anggap macam ahli keluarga sendiri. Sebabnya, saya rasa selesa sangat dengan ahli keluarga ni. Entah kenapa, mungkin ada chemistry org putih kata. Hukhukhuk. Nak dijadikan cerita, anak bongsu kepada keluarga angkat saya ni merupakan seorang anak teruna berumur dalam 25 tahun (kot....) telah menjadi mangsa saya untuk menjemput saya di kampus untuk dibawa balik ke rumah mereka. (Dahla menumpang, mintak kena jemput pulak daa... sengal... ) hehe.. peewit.. anak teruna siot~~ weee..ok, sambung cerita. ermm, pada hari jumaat lalu bersamaan dengan 
29hb April 2011, PAKSU NAN & CEGU FIRDAUS telah dipaksa rela untuk menjemput saya di kampus. hehe.. Terima kasih paksu & cegu. Susah-susah je. :p Paksu tiba kat kampus masa tu dalam pukul 7ptg. Hati berbunga riang saat dijemput masa tu. Lepas tu, kami pun bertolak keluar kampus dan menuju ke tempat2 tertentu. Kami tak direct balik rumah taw. Mula-mula tu, kami singgah kat Petronas untuk mengerjakan solat maghrib.
(Tabik kat Paksu & cegu sebab masih ingat perkara yg wajib ditunaikan walaupun dalam perjalanan..) Ini yang buat saya senang duduk dgn dorang berdua ni. Terasa seperti mereka abang saya walaupun kami takde pertalian darah langsung. ^_^ 

Ok, selesai je kami solat, kami terus menyambung perjalanan menuju ke TEMPAT MAKAN. Hahaha...
dan akhirnya kami singgah makan kat satu kawasan (dah lupa nama tempat tu..) dan kami telah menjamu nasi ayam. Hehe.. agak sedap & pelik nasi ayam tu. Lepas makan je, dorang berdua ni nak bawak saya pi melawat satu tempat kat kawasan Aloq Setaq  ( pronounce ikut loghat utara noh..) tempat tu sejibik sebijik macam ICT kat Shah Alam nuh. Bezanya, lampu warna-warni tu agak kurang kat tempat tu. Tempat tu located kat depan Masjid Zahir kat Aloq Setaq. CanteQ. Meh review gambaq.
Jeng3... Itu dia dua jejaka yang saya sebut tadi..
Cegu Firdaus...^_^
Paksu Lagi... toing3x
Kanak-kanak riang bermain benda apa entah nama benda yang bole terbang tu... :p
peewit... Paksu jadi model~~ wooo......
Yang Terhangat Di Pasaran.. hahahaha
saya, paksu & cegu..(n_n)

 Demikian la tadi sedikit sebanyak pengenalan mengenai Paksu & Cegu Firdaus. Hehe.. (ayat skema..) ermm.. lepas dari ‘ICT’ konon-konon tu, kami meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah la kononnya. Waktu tu dah lebih kurang dalam pukul 10pm. At last, kami bersinggah sekali lagi di sebuah restoran untuk minum. Dahaga la sangat. Hehe. Lepas tu, kami menuju pulang ke rumah dan sampai rumah masa tu around pukul 12. Masa sampai je kat rumah, ayah da terlentang kat ruang tamu. Mak pula da tertido nuh kat bilik. Ayah ingat anak angkat dia yang chomey ni tak jadi nak datang. Hahaha.. Kesian ayah menunggu sampai larut malam.

Saya dok kat sana 3 hari je. Memang rasa tak puas. Rasa nak dok lama-lama. Tapi, apakan daya, saya kena balik kampus. Paper exam menanti saya pada 9hb. So, saya kena balik kampus untuk study. (Study ke?? ) hehe.. Takpe, laen kali insyaAllah ada kesempatan saya bertandang lagi kat Jeniang tu ye ayah. :’)

Satu lagi sebab saya enjoy duduk kat rumah keluarga angkat saya ni sebab BOYFRIEND saya ada kat situ. Dia la yang paling menanti kehadiran saya pada masa tu. Dia la yang menjadi teman saya berbual kat rumah tu tatkala saya boring. Dia la tempat saya bermanja, peluk cium semua. Dia la org yg temankan saya sampai ke bilik air. Dia la org yang makan semeja dengan saya. Dia la org yg berani ckp kat mak dia yang dia nak kahwin dengan saya.. :’) terharu wooo…. Dan dia laa org paling chomey kat dalam rumah tu selain saya. Hehe.. dan dengan ini saya mengumumkan nama BF saya ni ialah AFI
Afi, I LOVE YOU.  Nak kenal dgn BF saya? Jom review gambar kat bwh.
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

NAMA SAYA AFI... hehehehe
Bersama BF tersayang.. hehehe
More picture with BF... hehe tgk AFI tu.. apa ntah dia tgk..:p
seboook je Afi ni nak gambar org.. hehehe
Afi.. I miss you.. hukhuk.. :)
Kakak kepada Afi. Nama dia Fatin..:)
kanak-kanak ribena... hehehehe
 Terharu rasa hati bila mereka layan saya mcm ahli keluarga mereka. Rasa rindu rumah kat Sabah tu terubat la sikit.


Dan hari terakhir sebelum mereka hantar saya balik ke sintoque Jungle, kami hadiri satu majlis kenduri kahwin. Tak terasa sgt yg saya menghadiri kenduri kawen sebab tak Nampak pon org kawen. Hehe.. apa bole buat, da memang saya pun tak kenal org yang kawen tu. Saya ni ikut je. :’) Lepas tu, saya sampai kampus dalam pukul 3ptg. Alhamdulillah, dapat juga merasa suasana kampung.
Terima kasih tidak terhingga buat keluarga Ayah Hasan sebab sudi terima saya jadi anak angkat dorang ni. Saya sayang korang taw. ^_^ untuk Mak, Paksu, Cegu Firdaus, Afi, Fatin, Kak piti, terima kasih semua. InsyaAllah, panjang umur, kita jumpa lagi ye..

Ayah Hasan....^_^



p/s : Rindu family kat sabah pulak daaa…T_T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...