CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

..:: Pasar Malam Cangloon ::..

PMC = Pasar Malam CangLoon
As'salam.
Nyam-nyam. Yummy. Sedap. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Hehehe.
Saja nak berkongsi dengan kawan-kawan kat luar sana yang tak taw pasal PMC a.k.a Pasar Malam Cangloon. Mana nak cari wooo. PMC ni ada kat cangloon je. Dah nama dia pasar malam cangloon kan, so memangla tempat dia kat Cangloon je. ( Awatlaa bengap sangat ni.) erm.. ok2..
Semua org blur bila tgk saya posing kat tgh2 pasar ni...T_T
Saya dan rumet *roommate* saya yang nama dia HERA YUSYKIE, she’s not Japanese ok. Hehe.. 
Hera Binti Lukman laa. Ow ye, sambung cerita. Dan beberapa rakan-rakan yang laen 
(Jue, Fikah Kedot & Kinah) telah berpusu-pusu menuju ke varsity mall (uum je ada ok.) untuk menanti kedatangan  bas unicliner (pun uum je ada.) yang mana akan membawa kami menuju ke cangloon dengan percuma. Yehoooo
(woo.. baeknyew uum. Siap bagi kami perkhidmatan bas free > cangloon shj.)
Si Hera yang beli byk makanan. At last, kami x mkn habeez.
Rumet si Hera yang chomey. hahaha
*Setibanya di cangloon*

Saya dan kawan-kawan saya tadi tu terus menerjah   C-MART (cangloon je ada.) untuk dilawati dan untuk di sedekahkan duit kami kepada kedai-kedai berkenaan. (contohnya : kedai yang jual shawl & selendang lawa) Dan hasilnya, saya sempat merembat 2 helai shawl baru untuk dibawa pulang ke bumi sintok. Hehehe. (kalau mama saya taw, confirm saya yang kena rembat cuz asyik beli shawl je tak sudah..T_T) 
korang semua shhhhhhhh taw.

Lepas tu, kami menuju la ke tempat yang dinamakan PMC. Wooooo… rumet saya sungguh girang kerana melihat banyak makanan yang ada kat PMC ni. ( Rumet saya suka makan. Hahaha..) Tanpa berfikir panjang, kami pun menerjah beberapa gerai yang terpilih untuk dilawati. Hehe.. finally, kami beli la makanan untuk menjadi hidangan DINNER kami kat bilik malam tu. Di antara makanan yang sempat kami rembat adalah satay, popiah, ayam madu, burger goreng dan paling penting DURIAN. Woo… giler la. Akhirnya dapat gak makan durian. Kami beli dua je. Saya satu, rumet saya satu. Malangnya, terasa seperti tak cukup. (nak lagi..)
Hasil Rembatan Dewi + Hera
Bluuuerrpppp.. Alhamdulillah. Kenyang Tersangatlah kenyang. Terima kasih kepada pakcik2 driver unicliner yang sudi mengangkut kami ke PMC. Hehe.. tanpa mereka takdelah kami dapat ke PMC. (ye ke? )
Nyam3. Silalah TENGOK shj. kami da mkn abeez da. hehe
Ok, cukup sampai di situ. See you next entry. Tata.








Tuesday, March 22, 2011

:: Hikayat Merong Mahawangsa ::

Hikayat Merong MahaDewiSa... hehe
As'salam...
 Untuk entry kali ni, saya nak berkongsi dgn anda2 semua ttg kehebatan cerita Hikayat Merong Mahawangsa ni...^__^ toing3.. thumbs up utk krew2 HMM... huhu.. sgt best.. siapa-siapa yang tak tgk lagi, bole laa berkunjung ke panggung wayang berhampiran.. hehe.. saya siap jadi promoter utk filem ni plak daa...:p  Ok2.. nak cerita sinopsis pasal filem ni plak.. Hikayat Merong Mahawangsa adalah sebuah filem epik yang penuh aksi dengan watak-watak mitos yang sarat penggunaan kesan khas visual dan set, busana dan “props” kurun ke 2. Cerita ini mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan yang bernama Merong Mahawangsa yang dikatakan berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Sewaktu angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han. suda! cukup.. kalau nak tahu lebih banyak, sila tgk cerita tersebut ye.. Sekian, terima kase.. hehehe... Yang penting, saya dpt simpulkan mmg best laa cerita ni.. rugi kalau tak tgk...^_^
Saya tgk cerita ni kat Jitra Mall, kawasan2 kedah ni.. sebab itu je cinema terdekat berhampiran kampus saya..:) Saya p tgk cerita ni pun ditemani seorang hamba Allah..:) So, tayangan yg akan kami tonton pada hari tu bermula pada pukul 4 ptg.. jadi, kami sempat laa round2 sekitar mall & saya temankan dia p gunting rambut.. hehe.. Lucu.. di saat dia sebok kena gunting rambut, saya plak dok sebok syok sendiri ditemani MisZ.DslR.. haha... 
Saya yg syok sendiri dlm kedai gunting rambut... mwahahaha

ya... itu saya lagi... besh! ada cermin besar2 utk bposing..

Ini di antara mereka2 yg menjadi mangsa hairstylish.. hahahha

wow! da siap menggunting rambut.. bergaya sperti artis! nak sign! hahaha
Ok... motif utama bkn nak cerita pasal Hikayat merong mahawangsa je, tapi juga nak cerita pasal Hikayat Merong MahaDewiSa... haha.. terima kaseh kpd pembca dan harap korang tak muak dgn cerita ini kerana kelihatan saya agak syok sendiri d sitooo...:p 
Next, slepas siap tgk wayang plak.. saya meneruskan perjalanan lagi dgn meronda2 kawasan jitra mall.. dan akhirnya terjumpa dgn satu kedai yg sangat chomey!! ^_^ wow! barang2 dlm kedai itu juga agak chomey.. huhu.. terasa nak angkut smua sekali tapi fulus xda.. hahaha.. namun begitu, ada jugak yg sempat saya rembat dari kedai tu.. auw! sgt chomey..^_^
kedai chomey yg membuatkan saya rambang mata...(o_0)

Saya nak semua! hahaha

hoye! pilih2.. saya bukan utk d jual.. hahaha

akhirnya.. aku menemukanmu! hahaha
berdasarkan gambar2 ini, dapat disimpulkan bahawa saya mmg agak suka dgn kedai ini.. (skema dowh! ) haha... namun begitu, fulus x byk, jadi benda chomey ini je yg saya mampu rembat.. dan rembatan ini adalah hasil bulian dan mata pencarian saya terhadap seseorang.. (apa saya merepek ni?? ) oow.. abaikan saja! hahaha... ermm.. ermm...
Inilaa hasil rembatan saya di kedai chomey itoo...(n_n)
Hasil Tangan memetik...(o_o) cantek kan?? cepatla puji! hahaha
whoa! byknya jam! smua chomey! blur ni.. nak mana satu ye?? hehe
Dan akhir sekali, korang p laaa beramai-ramai tgk cerita Hikayat Merong Mahawangsa tu.. sokong industri perfileman negara..! yehoo! haha.. sgt besh! 10star laa saya bagi..:) ermm.. dan abaikan je laa ye gambar2 yg tak berkaitan dgn title post kali ni... hehe... ok2.. ceria2 selaloo... love u all...^__^

p/s: silalah baca entry yg agak skema dan agak giler ini.. sekian, terima kaseh..(O_o)
yehooo! dinding hasil contengan sape ntah.. saya sempat BERposing d sitoo.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...