CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 1, 2011

..:: Minggu Study Week ::..

As'salam.
Pasti semua kawan-kawan yg duduk di kampus akan merasakan MINGGU STUDY WEEK kan. Setiap individu pasti akan ada perkara yg ingin dilakukan pada minggu-minggu study week nie terutamanya
BALIK KE KAMPUNG HALAMAN & amat haram laa bagi pelajar yang datang dari sabah sarawak utk memanfaatkan study week dengan balik ke kampung halaman. (Apa kau ingat tiket 'belon' itu murah?) So, biasanya yang akan duduk dan menjaga 'keselamatan' kampus adalah budak-budak sabah sarawak
 (I am Sabahan.. ) & beberapa budak dari negeri lain yang baek hati nak temankan kami.
Tapi, untuk kali ini, saya tidak lagi mendapat tugas utk menjaga 'keselamatan' kampus kerana saya
BALIK KAMPUNG~~ yehooo... (apa korang ingat, korang je ada kampung?? ) hahaha..
dengan penuh rasa bangga bukan maen lagi kan. 

Sebenarnya, saya balik kampung keluarga angkat yang saya da anggap macam ahli keluarga sendiri. Sebabnya, saya rasa selesa sangat dengan ahli keluarga ni. Entah kenapa, mungkin ada chemistry org putih kata. Hukhukhuk. Nak dijadikan cerita, anak bongsu kepada keluarga angkat saya ni merupakan seorang anak teruna berumur dalam 25 tahun (kot....) telah menjadi mangsa saya untuk menjemput saya di kampus untuk dibawa balik ke rumah mereka. (Dahla menumpang, mintak kena jemput pulak daa... sengal... ) hehe.. peewit.. anak teruna siot~~ weee..ok, sambung cerita. ermm, pada hari jumaat lalu bersamaan dengan 
29hb April 2011, PAKSU NAN & CEGU FIRDAUS telah dipaksa rela untuk menjemput saya di kampus. hehe.. Terima kasih paksu & cegu. Susah-susah je. :p Paksu tiba kat kampus masa tu dalam pukul 7ptg. Hati berbunga riang saat dijemput masa tu. Lepas tu, kami pun bertolak keluar kampus dan menuju ke tempat2 tertentu. Kami tak direct balik rumah taw. Mula-mula tu, kami singgah kat Petronas untuk mengerjakan solat maghrib.
(Tabik kat Paksu & cegu sebab masih ingat perkara yg wajib ditunaikan walaupun dalam perjalanan..) Ini yang buat saya senang duduk dgn dorang berdua ni. Terasa seperti mereka abang saya walaupun kami takde pertalian darah langsung. ^_^ 

Ok, selesai je kami solat, kami terus menyambung perjalanan menuju ke TEMPAT MAKAN. Hahaha...
dan akhirnya kami singgah makan kat satu kawasan (dah lupa nama tempat tu..) dan kami telah menjamu nasi ayam. Hehe.. agak sedap & pelik nasi ayam tu. Lepas makan je, dorang berdua ni nak bawak saya pi melawat satu tempat kat kawasan Aloq Setaq  ( pronounce ikut loghat utara noh..) tempat tu sejibik sebijik macam ICT kat Shah Alam nuh. Bezanya, lampu warna-warni tu agak kurang kat tempat tu. Tempat tu located kat depan Masjid Zahir kat Aloq Setaq. CanteQ. Meh review gambaq.
Jeng3... Itu dia dua jejaka yang saya sebut tadi..
Cegu Firdaus...^_^
Paksu Lagi... toing3x
Kanak-kanak riang bermain benda apa entah nama benda yang bole terbang tu... :p
peewit... Paksu jadi model~~ wooo......
Yang Terhangat Di Pasaran.. hahahaha
saya, paksu & cegu..(n_n)

 Demikian la tadi sedikit sebanyak pengenalan mengenai Paksu & Cegu Firdaus. Hehe.. (ayat skema..) ermm.. lepas dari ‘ICT’ konon-konon tu, kami meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah la kononnya. Waktu tu dah lebih kurang dalam pukul 10pm. At last, kami bersinggah sekali lagi di sebuah restoran untuk minum. Dahaga la sangat. Hehe. Lepas tu, kami menuju pulang ke rumah dan sampai rumah masa tu around pukul 12. Masa sampai je kat rumah, ayah da terlentang kat ruang tamu. Mak pula da tertido nuh kat bilik. Ayah ingat anak angkat dia yang chomey ni tak jadi nak datang. Hahaha.. Kesian ayah menunggu sampai larut malam.

Saya dok kat sana 3 hari je. Memang rasa tak puas. Rasa nak dok lama-lama. Tapi, apakan daya, saya kena balik kampus. Paper exam menanti saya pada 9hb. So, saya kena balik kampus untuk study. (Study ke?? ) hehe.. Takpe, laen kali insyaAllah ada kesempatan saya bertandang lagi kat Jeniang tu ye ayah. :’)

Satu lagi sebab saya enjoy duduk kat rumah keluarga angkat saya ni sebab BOYFRIEND saya ada kat situ. Dia la yang paling menanti kehadiran saya pada masa tu. Dia la yang menjadi teman saya berbual kat rumah tu tatkala saya boring. Dia la tempat saya bermanja, peluk cium semua. Dia la org yg temankan saya sampai ke bilik air. Dia la org yang makan semeja dengan saya. Dia la org yg berani ckp kat mak dia yang dia nak kahwin dengan saya.. :’) terharu wooo…. Dan dia laa org paling chomey kat dalam rumah tu selain saya. Hehe.. dan dengan ini saya mengumumkan nama BF saya ni ialah AFI
Afi, I LOVE YOU.  Nak kenal dgn BF saya? Jom review gambar kat bwh.
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~

NAMA SAYA AFI... hehehehe
Bersama BF tersayang.. hehehe
More picture with BF... hehe tgk AFI tu.. apa ntah dia tgk..:p
seboook je Afi ni nak gambar org.. hehehe
Afi.. I miss you.. hukhuk.. :)
Kakak kepada Afi. Nama dia Fatin..:)
kanak-kanak ribena... hehehehe
 Terharu rasa hati bila mereka layan saya mcm ahli keluarga mereka. Rasa rindu rumah kat Sabah tu terubat la sikit.


Dan hari terakhir sebelum mereka hantar saya balik ke sintoque Jungle, kami hadiri satu majlis kenduri kahwin. Tak terasa sgt yg saya menghadiri kenduri kawen sebab tak Nampak pon org kawen. Hehe.. apa bole buat, da memang saya pun tak kenal org yang kawen tu. Saya ni ikut je. :’) Lepas tu, saya sampai kampus dalam pukul 3ptg. Alhamdulillah, dapat juga merasa suasana kampung.
Terima kasih tidak terhingga buat keluarga Ayah Hasan sebab sudi terima saya jadi anak angkat dorang ni. Saya sayang korang taw. ^_^ untuk Mak, Paksu, Cegu Firdaus, Afi, Fatin, Kak piti, terima kasih semua. InsyaAllah, panjang umur, kita jumpa lagi ye..

Ayah Hasan....^_^



p/s : Rindu family kat sabah pulak daaa…T_T


No comments:

Post a Comment

143 Budak Hitam bagi komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...