CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, April 27, 2011

..:: Hari ini Hari Jadi Saya ::..

Kek ini sangat canteq. Saya suka. (n_n)
As'salam.
Berikut merupakan tajuk entry saya untuk kali ini. Agak skema bukan? Ini merupakan permintaan seorang sahabat bernama Mohd.Ghadafi a.k.a boipren besties saya untuk meletakkan tajuk sedemikian. hahaha.. (apsal saya ikut pula apa yg dia suruh ni?? ) ish3.. sebab, saya rasa tajuk itu sesuai & agak comel. hehe..
Untuk pengetahuan semua, atau kepada anda semua yang dah tahu atau pun belum tahu atau pun akan tahu atau pun yang sedang dalam proses ingin tahu.. Saya nak bagi tahu.. Yang saya tahu..
 HARI INI SAYA HARI JADI.. hahahahaha.. Umur saya sudah mencecah 18tahun!
 (sila jgn percaya.. FAKE.. kerana umur sebenar saya 3 tahun lebih dari 18tahun.. ) hehe..

SELAMAT HARI JADI NURAFTINA DEWI
SEMOGA KAMU BERBAHAGIA DI HARI INI
27APRIL2011

Demikianlah ucapan sebentar tadi khas daripada diri saya sendiri kerana 
RAMAI SANGAT DAH ORG WISH SELAMAT HARI JADI kat saya. Sampai tak menang tangan saya nak balas komen-komen anda semua. Terima kasih kepada yg bagi wish especially kamu-kamu semua yg wish melalui HP or FB.
With big hug, khas utk anda semua. Arigato gozaimas... ^_^

Ok, kalau tahun lepas saya sambut befday kat tpt kerja. sebab time tu cuti kan, baru habez STPM. So saya kerja laa bagi mengisi kelapangan masa yang terlalu laa banyak. Tahun lalu dapat dua kek befday. Tahun ni dapat satu je. Tapi saya tetap bersyukur. Alhamdulillah. 
Thanx Allah cuz still gave me chance to celebrate my birthday.

Pada malam 26April, member kat yang dok se'asmara se'asrama dgn saya telah merancang sambutan hari jadi khas untuk saya, kak Ati & kak Firah. Nampaknya tarikh hari jadi kena dikongsi bersama mereka. hehe.. Terima kaseh korang. Sayang korang. huhu.. Terharu pun ada tapi saya tak nanges taw. hehe..
Jom review gambar-gambar kami semalam.
BBQ~~~ nyam3..

Mereke sediakan ini semua. Terharu. (n_n)
Terharu~~ ni pun dorang prepare jugak.
Tadaaaa... kek hari jadi yg chomey...^_^ 
Kami berkongsi hari jadi.. HAPPY BEFDAY KAK ATI & KAK FIERA..
merekalaa TETAMU pada majlis hari jadi itu. Mereka jugaklaa yang merancang segalanya. hehe
Hah. Itulah yang berlaku sebelum detik 12 malam untuk tibanya 27April. 
SAYA SAYANG KORANG SEMUA. 
TERIMA KASEH SEBAB SAMBUT HARIJADI KAMI BERTIGA.
(meh cni korang, saya nak mmuuuah2 ckit.. hehe)

TAPI, lepas je kitorang siap2 mengemas tempat tu, ada kes lain yang berlaku! adoi...
<< saya mandi telur + tepung + air = kueh dewi >>
Terima kaseh kepada Eka Elyana kerana anda laa pengarah program 'memandikan si dewi telur'..
hahaha... Geram wei.. Tapi oleh sebab befday, tak bole marah. hehe.. Itu kenangan kita bersama.
woo.. Bahagia rasa dimandikan oleh macik EKA~~ hahaha
Macik EKA ELYANA yg jaat sebab simbah saya dgn benda alah tu semua. hehehe
Apa-apa pun. Saya syg korang. Terima kasih untuk kenangan tu semua. 27April2011. I wont 4get our moment especially to 
Hera (my rumet), Fiera, Eka, Jue, Athirah, Kak Ros, Kak Azi, Kak Tiha, Kak wina, 
dan tidak lupa kepada mereka yang berkongsi hari jadi bersama saya; 
Kak Ati (dan kembarnya.. kak ati ada kembar woo..^_^) & kak Fiera.
Semoga rahmat Allah bersama kita semua. Amin.

Bercakap soal hadiah. Taadaaa... Saya dapat TEDDY BEAR besyaaar punye~~ Nak bagi nama TEDDY TEMOX sebab temox mcm org yg bagi. Terima kaseh. Lpas tu, saya dapat Spongebob Chomey. Auuw.. Bagi nama CIK SpongYBOB.. Hehe.. dari rumet (Hera) & Fiera. Saya syg korang 2 ikur ni. hehehe.. mwah2.. :)
TADAA~~ CHOMEY! hehe.. thanx HERA & FIERA
aUwwww~~ yg ini pun chomey.. love it. mwah2. hahaha. thanx Mr.mf.
Orait. Cukup sampai di situ untuk entry pasal befday. Tak pasal2 korang temuntah sebab baca entry befday si Nuraftina Dewi ni. hehe. Thanx reader krn sudi singgah dan baca apa yg saya merepek ni. Sayang korang.

                                                      
                                                                      
                                                                                


~~ Sebagai entry extra ~~
HEPY BELATED BEFDAY TO MY BESTIES ROZITA UTUHANI
sory ari tu saya lambat wish..T_T
Its my fault laa pare. sory sesangat. Apa-apa pun, kita besties selamanya..:) sayang ko kedot. mwah2. hehe..
My Pare yg chomey : Rozita Utuhani
Hah~~ Satu lagi. Besties yang akan befday keesokan harinya. Nama dia FITRIANI HAKIM. chomey orgnya mcm anak mummy. haha.. (padahal original bugis sabahan.. ) hehe.. 

UNTUK KO KIM.
SELAMAT HARI JADI PARE.
SEMOGA DIBERKATI ALLAH SELALU. KITA SELANG SEHARI JAK NI BEFDAY.
SAYA TUA DULU LA. KO KEMUDIAN. JADI HORMATI YG TUA. FAHAM. hehe..
Pare yg kedot : Fitriani Hakim
p/s: thanx for reading. Jangan bosan sudah~~ ehehe.. tata..

Saturday, April 16, 2011

..:: Cinta Terakhir ::..

Im waiting.....(n_n)
As'salam.
Whooooaa.. Tajuk entry yang agak menimbulkan persoalan di benak fikiran sesetengah reader. hehe.. Nuraftina Dewi suda berjumpa cinta terakhir? Atau saja-saja buat entry pasal cinta terakhir? Itu semua..
 'No Komen'.. Tepuk Dada Tanyalah Hearty.. hehe
Cerita ini dikarang, hanya rekaan semata-mata. Hak Cinta Terpelihara

Jejaka: Gadis, kamu tahu kan saya sayang kamu sangat-sangat?
Gadis: Haruslah tahu. Dah berjuta kali kamu bagi tahu kat saya.
Jejaka: Walaupun lepas ni kita akan berjauhan, kamu kena ingat yang saya ikhlas menyayangi kamu. 
Tiada gadis seindah kamu di hati saya.
Gadis: (Dalam hati berkata, " Tipu je mamat ni. Bole percaya ke? " Macamlah aku ni first time nak bercinta.) Okey, kalau betul apa yang kamu kata tu, cuba bagi satu bukti kat saya, yang betul-betul bole buat saya percaya kat kamu.
Jejaka: Gadis, bagi saya.. Cinta dan rasa sayang saya terhadap kamu tidak memerlukan bukti. Saya sendiri tidak tahu kenapa dan mengapa saya suka kamu. Kamu adalah kamu, dan sebab itu saya suka. Percayalah.
Gadis: Betul ke?
(Dalam hati berkata,  " Memang itu jawapan yang aku nantikan. Mungkinkah dia cinta terakhir? " )
Jejaka: Gadis, percayalah. Mungkin kamu bukan yang pertama, tapi saya nak kamu yang terakhir. Susah dan senang saya nak kongsi bersama kamu.
Gadis: Kamu pun bukan yang pertama bagi saya, dan mungkin juga kamu yang terakhir.
saya tidak sempurna..
Jejaka: Gadis, dengarlah. Ini janji saya. Saya bukan manusia sempurna. Kelemahan pada diri saya pasti ada. Saya mengharapkan kamu menerima saya seadanya.
Gadis: (Berkata dalam hati," aku hampir 'cair'. Cukup.) ermmm......
Jejaka: Gadis, saya nak mencipta kebahagiaan bersama kamu. Membina satu keluarga bahagia impian semua manusia. Kamu sebagai isteri saya, saya sebagai suami kamu dan ada anak-anak yang menceriakan hari kita.
 Itu yang saya nak bersama kamu. 

Mencipta kebahagiaan..
Gadis: (Dalam hati berkata, " apa? Kahwin? biar betol...)
Jejaka: Saya berjanji, saya tidak akan pernah membiarkan kamu menangisi perhubungan ini. Saya tak nak kamu menyesal. Setiap titisan air mata kamu amat bermakna buat saya.
Titisan air matamu..
Walaupun mungkin kadang-kadang saya berperangai seperti beruk, saya harap kamu tetap ada di sisi saya. Beruk kan comel. Hehehe..Saya tak kesah pun kalau kamu nak marah saya ke, cubit saya ke, jentik dahi saya ke atau pun sepak bontot sayaItu semua saya tak kesah, sebab saya cuma  nak kamu. 


Berperangai 'beruk'...

Gadis: (menjadi semakin terharu....... diam seribu bahasa....)
Jejaka: Gadis, walaupun mungkin suatu hari nanti, tiba-tiba saya berperangai emo seperti hantu, kamu kena yakin yang saya marah kerana saya sayang kamu. Saya takkan marah kamu suka-suka je. Mesti ada alasan di sebaliknya.


walaupun emo, saya tetap sayang kamu...
Jejaka: Kamu sudi tak.. ermmm.. Simpan hearty saya bersama dengan kamu?
Sudilah.. Tolong angkat hearty saya....
Gadis: (tunduk.. masih diam seribu bahasa.....) ............
Jejaka: Saya harap, kamu cuba fikir sedalam-dalamnya tentang perkara ini. Saya tak hidup tanpa kamu.
Mungkin juga, satu hari nanti saya terpaksa mengangkat banner yang tertera nama kamu berserta ayat berbaur rindu sebabnya lepas ini kita akan berjauhan untuk sementara. Mungkin... Hanya sekali setahun kita akan berjumpa. Kita masing-masing ada komitmen tersendiri. Saya harap kamu tetap menunggu saya. 
Saya pasti kembali untuk kamu. 
Im gonna miss you so damn much....
Gadis: Sudah. Cukup. SAYA PASTI TUNGGU KAMU. sebab........
SAYA SAYANG KAMU SEPERTI MANA KAMU SAYANGKAN SAYA.
( Menitiskan air mata kegembiraan........)
I miss you too so damn much.... :(
Jejaka: Terima kaseh gadis. Kamu amat bermakna untuk saya. Kamu anugerah Tuhan yang paling indah. Saya tidak akan mensia-siakan kamu. Itu janji saya.
Gadis, terimalah lagu ini khas untuk kamu.

Jangan pergi tetaplah di sini..
dengan aku berdua..
bagai bulan bintang yang selalu mencinta.. 
setia berdua..
pasrahkan semua hatimu mencintaiku...
ini cinta terakhir
yang ingin ku rajut hanya dengan kamu..
walau ini susah akan aku tempuh..
semua perjalanan..
ini cinta terakhir..
yang ingin ku rajut hanya dengan kamu..
walau ini susah akan aku tempuh..
semua perjalanan cintaku...
jangan takut aku di sini..
untukmu mencintaimu...
pasrahkan semua hatimu (cintaku) mencintaiku..
cinta ini cinta terakhir untuk kita..
cinta ini terakhir untukku..
terakhir untukku..
I Love You & Only You...
...:: THE END ::...
hahahaha.. Tamat suda.. begitulah serba sedikit cerita yang sempat saya siapkan dalam beberapa jam ni.. Eh.. jam ke minit? hehe.. mana-manalah.. Yang saya taw, cerita ni ikhlas, luhur, tulus terbit dari hati, jiwa, otak, dan tangan saya menaip. Saya tak copy & cut kat mana-mana taw. Sungguh. 
Entah kenapa terdetik pula hati nak wat entry berbentuk cerita. Kepada yang sudi membaca, sila *ignore* sebarang kesilapan ataupun perkara yang agak kurang menyenangkan anda. Maaf. Saya tidak sempurna. chewah.. hehe.. 
Pasal lagu tu, saya curik lirik lagu Anang ft Syahrini. Lagunya keren banget. Saya suka. (n_n) 
dan saya harap korang pun suka. 
Ok. Dats all. Thanx for reading.

P/s: Khas untuk kamu....... with love... ^_^



Thursday, April 14, 2011

..:: Happy Birthday Pare ::..

Semoga Persahabatan kita sentiasa diredhai Allah... 
As'salam...
Untuk kali ni, saya nak wat entry istimewa untuk seorang sahabat merangkap mak sedara. mwahahaha...
Ok. Sebelum tu, meh saya nak explain apa itu 'pare'. Pare ni dari bahasa tagalog; Filipina yang bermaksud sahabat atau teman. (kalau silap, sila *ignore*) hehe..  Saya & bff menggelarkan diri sesama sendiri sebagai 'pare'. Nampak mesra bukan? hehe.. Tapi, skrg kami da agak jarang guna perkataan 'pare' ni cuz lama dah tak jumpa. miss u all.. ):
 Berkenaan dengan si dia yang meraikan hari kelahiran hari ini, 14April2011, nama dia 
FITRIANI BT SUDDING. (amek ko.. siap huruf besar g.. ) haha.. Kami biasa panggil dia DIDINK laa.. cuz ada sejarah di sebalik semuanya. malas nak cerita, panjang sgt. hehe.. Berumur 21 tahun laa sebab dia lahir tahun 1990. Orangnya chomey laa jugak tapi saya lagi chomey. (ok, *ignore* lagi sekali statement itu.) hehe.. Kami ni kira da kenal lama sangat-sangat iaitu dari zaman mama kami masih mengandungkan kami lagi. Percaya tak? (Sila jgn percaya) sebab kami kenal seawal di bangku sekolah tadika bukan sejak dari perut ibu. haha.. Dia ni boleh dikira laa jugak sebagai MAK SEDARA kepada saya kerana mak bapa dia kalau dilihat dari segi keturunan keluarga, saya adalah cucu kepada mak bapa dia. So, dia ni MAK SEDARA saya la. mwahaha.. MAK SEDARA muda.. auwww.. haha..

Taadaa.. MACIK SEDARA a.k.a BFF saya yg befday harini..
Hah! itu laa gambar dia. Chomey kan? (saya tetap yg TERchomey) *ignore*.. haha..
Gambar ni da lama. tahun 2007. Area playground kat kwsn rumah saya. 
BFF saya ada 6 ekor semuanya. OoOopss.. 6 orang laa.. Toing.. toing.. hehe.. Kami da lama kenal since form 2. ada gak yang da kenal since sekolah rendah & sejak dari perut ibu; macik sedara saya. hehe..
Memperkenalkan BFF saya.. taaadaaa...
1) Fitriani Sudding
2) Fitriani Hakim
3) Katijah Rospin
4) Shermalyn Abdu Rasbin
5) Rozita Utuhani
6) Nurajijah Ahmad Sattar
(betul tak aku spell nama korang wei?? mesti betul kan??? hehe..)

Sesungguhnya, saya sayang korang berenam wahai kedot2 ku semua.. hehe..
Saya taw, korang pun sayang dengan kawan korang yg chomey ni kan? hehe.. 
Ok2, jom review gambar2 lama. (sila *ignore* muka huduh ye..)
lupa da nama kem ni. yg pasti kami bertujuh. yeay..
Kem Islam Kundasang. Entah tahun bila entah.
Tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu.. (:
During hari raya. Kalau x silap 2007. Kasyoot kami pattern lebi kurang je. (n_n)
Eh~ silap upload. takde kena mengena dgn BFF.. lalalala
Dulu, kami nyanyi nasyid pun berenam gak. hehe... nasyid tu.. pergghh...~~

Ok, demikian saja gambar2 yang sesuai utk kita review. Kalau tunjuk lagi banyak, alamatnya pengsan laa anda-anda semua. hahaha... (nada risau yg fake..~~) 

Doakan persahabatan kami kekal selamanya. (n_n) Tiada insan yang dapat menggantikan korang berenam. We had been through so many things together. Joy, Laughter, Sad, cry, Smile and so on. Let the memory always be there for us to remember. Keep smiling 'pare'.. bff forever.. ^_^

Khas untuk Didink kedot. Sayang ko kedot.. hahaha

p/s: Persahabatan itu indah sekiranya disemai dan dijaga seperti Cinta... (n_n)

Saturday, April 9, 2011

..:: Surat Chenta ::..

Taaadaaa.... Jeng2... ^_^
As'salam..
Taadaaa... Jeng3.. Hehe.. Saya nak bagi taw kat kawan-kawan semua, saya ada dapat surat chenta... (n_n) haha... Sengal tak saya? Agak sengal kan sebab mengade nak kongsi surat chenta dgn reader...
 Siap wat entry lagi dalam blog.. Ni sebab kena penyakit 'Lama tak terima surat chenta' atau nama saintifiknya 
LOVE LETTER.. mwahahaha.. :')
Ermmm... Nak taw tak org tu tulis apa dalam surat ni? hehe.. Masa dapat surat chenta ni, saya pun teruja gak nak baca.. Yelah, tiba2 je kan... haha... ish3.. ( ketara sgt saya sdg excited! mwahaha..
kawan-kawan nak taw tak apa isi surat chenta ni?? 
Ok2.. 
Jap lagi saya post gambar seterusnya ek... :)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-Sabar,sabar,sabar-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dia Tulis...... :)

Dia Tulis mcm ni taw...

The Doctor Can Cure
 My Heart...
The Cauncellor can calm
My Heart...


auww.. sweet.. haha.. sweet mcm gula-gula kapas.. mwahahaha.. Ok2.. Ni yg part kat atas je.. ada lagi part yg saya tak tunjuk taw... Jeng2..
 (Risau korang Termuntah kalau baca ayat seterusnya sebabnya surat ni utk saya) 
hahahaha...:)

whoaa! Org tu tulis; dia love saya!! hahahaha
But..
 Nuraftina Dewi give a
Meaningful Life to
My Heart
Terasa seperti nak pengsan bukan selepas membaca entry saya?? ahaha... jangan pengsan dulu.. 
Saya tak tunjuk lagi part keseluruhan... :') ( Terserlah sgt tahap teruja saya kan?? ) ermm..
 biasalah budak baru nak naek jadi artis! Eh! tesebut lirik lagu pula.. hehe.. 
Korang pun mesti pernah dapat surat chenta kan? Entah-entah yg lagi dasyat dari surat chenta yg saya dapat ni.. :) Apa pun alasannya, surat chenta ni dah tak semua org guna.. Yelah, zaman da berubah.. sms kan ada.. email kan ada.. Facebook kan ada.. YM kan ada.. Skype kan ada.. so, x men arr surat2 chenta.. huhu.. Tapi, kalau org bagi surat chenta, saya amek je.. sebabnya, saya menghargainya.. chomey gitu.. Toing2.. 
Dewi da mula daa.. mwahahaha..
Ok. lets move to the last part... hehe..
Taadataaadaa.. Full version of surat chenta..
Ok.. itu je sbenarnya... takdela menarik mana.. saya je syok sendiri sebab surat ni ditujukan kat saya.. haha.. Auuw.. Gedixx santai... hehe.. Alooo, sekali sekala menggedixx, apa salahnya... toing2.. Baekla, itu saja utk entry kali ni.. 
Bye2 semua.. (x_x)

p/s : sapela agaknya si pemberi surat chenta ni kan?? ermmm..... terima kaseh 'awak'...(n_n)

Monday, April 4, 2011

.::Saya & Haiwan Kesayangan saya::.

Nama kucing chomey saya ni JOJO...^_^
As'salam.. 
Kali ni saya wat entry baru sebab nak join contest yang dianjurkan oleh mr.aryl..
http://carutankarutaryl.blogspot.com
Kalau anda semua berminat nak join, klik laa link tu..:)

Bercerita tentang haiwan kesayangan saya, beliau merupakan seekor kucing.. hehe.. rasanya da masuk 3 ke 4 tahun Jojo ni duduk bersama saya dan keluarga saya..:) kiranya, susah senang dikongsi bersama Jojo ni.. bezanya, Jojo ni haiwan.. so, dia tak dapat nak luahkan perasaan dia kat kita.. Ermm.. Bagi saya, Jojo ni sangat bijak.. Kalau lapar, dia reti nak mintak.. kalau haus, dia reti minum sendiri.. dan paling best tu, kalau nak buang air besar ke air kecil ke, Jojo memang tak akan sepah2 kan najis dia.. Jojo taw kat mana dia sepatutnya nak buang najis tu semua.. bijak kan Jojo saya ni?? (n_n) 
Dari segi karakter fizikal, Jojo ni agak gempal dan berisi berbanding kucing-kucing lain yang ada kat kawasan sekitar rumah saya.. hehe.. mana tak nya, kerja Jojo ni kalau tak makan, tidur, melepak.. ish3.. Jojo ni ada 2 je jenis warna kat badan dia.. ada warna hitam & putih... perggh... 
Jojo seperti zebra kan?? hehe.. 
Lagi satu, Jojo ni sangat reti berposing tatkala kamera di acukan ke arahnya.. cewah.. ada pulak mcm tu ye.. hehe.. betul.. Saya tak tipu..:) Jojo ni pun, demand sikit taw.. kadang2 tu, dia tak nak tidur kat atas lantai je.. Mesti nak share katil dgn kitorang.. So, kalau waktu malam tu, memang kami adek-beradek biasa da tidur dgn Jojo ni.. Chomey kan?? (^__^)
Ok, jom kita review gambar2 Jojo pula..
Jojo & kucinbucuk saya...(^_^)
Jojo yang suka landing di mana2 je asal dia rasa selesa..:)

Patung saya menjadi mangsa tempat Jojo nak landing..
Meja solek saya yg semak dan sempit pun Jojo nak gak landing.. aiie....

Dulu saya da kura-kura kecik.. Tapi skrg da xde..T_T
Mr.Aryl kata, saya kena komen blog dia kalau nak join contest.. So saya komen ye.. ermm.. Blog dia agak lawa.. Saya suka part banner kat atas sekali tu.. banner yg ada Mr.Aryl duduk sorang2 and title
PABILA MINDAKU BERBISIK.. such a nice title..^_^ kat mana la agaknya dia take pic tu? ok2.. saya tak nak komen banyak sebabnya saya pun baru lagi dalam dunia blogging ni.. So, Mr.Aryl & blogger2 lain silalah beri tnjuk ajar..:)


saya nak tag kwn2 saya.. hehe.. 
1) http://ciksiraplaici.blogspot.com
2) http://tinta-moden.blogspot.com
3) http://cahayapelangie.blogspot.com

Thats all for the story of my Jojo chomey n me.. hope u guys njoy reading this entry.. Tq..( n_n)
:: I LOVE JOJO ::

 P/s: Kepada mr.aryl, bagi saya menang taw! hehe.. thanks cuz organize peraduan ni.. saya suka..^_^

Saturday, April 2, 2011

.:: Haru Biru HeartyKu... ::.

saya memohon.......:(
As'salam..
Entry kali ini agak biasa. Sekadar untuk mengisi entry baru untuk blog yang sudah agak lama tidak update. 
Waktu menunjukkan pukul 12.15pagi. Perasaan saat ini, bercampur baur serta menyesakkan.

Ya Allah, berikan hamba mu yang jahil ini petunjuk ke arah kebaikan. Jauhkan hamba mu ini dari sebarang kerunsingan yang mengundang keburukan. Sesungguhnya Engkau Maha Agung & Maha Mengetahui seluruhnya. Amin.

Kepada mereka yg bersedih hati, mohon kepadaNya semoga sentiasa diberi kelapangan hati. Lindungi kami dari sebarang keburukan juga kecelakaan.

CintaMu Agung Ya Allah. Itu yang pasti. 

Kotak hearty. aku sayang kamu.
P/s: Saya tengah haru birukuninghujaiungumerahpinkhitamputih.. 
LOL.. 
stop reading this one.. Thank you..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...