CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Sunday, May 15, 2011

CONTEST AKU, HITAM DAN MERAH

As'salam.
                 Dewi kembali lagi ke dunia blogging. Dunia maya tanpa sempadan. Hehe. Saya dah lama tak update Miss.Blog ni sebab sekarang ni saya sebok dengan exam. (seboklah sangat) Tapi oleh sebab next paper ada gap 4hari, maka dengan ini saya merajinkan diri untuk update Miss.Blog ni. Kali ni saya update entry dengan join contest ni. CONTEST AKU,HITAM & MERAH. Menarik kan kawan-kawan? Hah.. Kalau rasa menarik tu, meh la join contest ni sekali. Kita bagi ramai peserta contest ni. Biar 
CIK SENAH pening kepala nak pilih pemenang. Hehe. Ow ya, nama penganjur untuk contest ni ialah 
Cik Senah. Membahasakan diri beliau sebagai CS. ^_^ 
Orait, like usual every contest got its own terms & condition ryte. So, here it is.
(Saya c0py dari blog Cik Senah)
Sila klik kat sini : CONTEST AKU, HITAM & MERAH. ^_^

CONTEST AKU HITAM DAN MERAH
SYARAT-SYARAT :

1. up to uolss nak follow my blog or not!~>.... tiada paksaan...( tapi susah la tau perkembangan if tak folow kan) (DONE!)
2.letak banner kat bawah ni kat korangnye entry and sidebar dan link kan terus ke entry ni!~... (DONE!)
3.pertaruhkan maksimum 2 pic pada masa yang sama tetapi  post yang berbeza (DONE!)
4. dan sila jawab soklan dibawah
 saya rasa saya nampak .................................. dengan warna hitam&merah kerana ....................... (DONE!)
5. tag kan kepada 4 rakan anda....... dan pastikan anda memberitahu mereka okeh!~......(DONE!)
6. cam biasa tinggalkan URL entry anda di ruang komen entry ini........ (DONE!)
7. tarikh tutup 27 MEI 2011 
(yg ini tak perlu kita nak bagi 'DONE'. hehe)


...................................................................................................................................................
....................................................................................................................................
....................................................................................................................

Syarat pertama : Kalau rasa-rasa nak follow blog CS, sila follow. Dan saya dah follow dah. Senang nak taw pasal update kan. (n_n) Macam trademark DIGI, i'll follow you~~~ hehe

Syarat kedua : Letak banner besaww tu dan letak gak kat side bar then link kan. Pun saya dah buat. Ok, anda memenuhi syarat. :p

Syarat Ketiga : Hah. Syarat paling penting ni. Pertaruhkan 2 picture tetapi post berbeza.
Dengan itu, setelah menyelongkar folder album dalam laptop saya, akhirnya saya menemui 2 keping picture 'merah hitam' yang sesuai. Hahaha. (ketawa jahat) Jom review picture.
~
~
~
~
~
~
~
~
sila klik picture untuk melihat gambar dgn lebih jelas, terang & nyata. :p
Inilah picture pertama. Merah & Hitam bukan? (sila kata 'iya') :)
Ini pula picture kedua. Pun merah & hitam kan? :)
Syarat keempat : kena jawab soalan yup.
Saya rasa saya nampak.......
lebih terserlah, menarik, dan berani termasuk chomey 
(oops. Puji diri sendiri. Sila ignore.)
dengan warna hitam&merah kerana bagi saya tak semua orang berani mengenakan pakaian berwarna merah dan hitam sebabnya warna ini kelihatan agak menyerlah dan mungkin jugak di cop sebagai warna yang agak 'garang' bagi sesetengah individu. Tetapi, setiap individu ada kebebasan untuk memilih style mereke tersendiri dan terpulanglah sama ada mereka nak pilih warna merah & hitam sebagai outfit mereka. So, bagi saya individu yang memakai outfit especially merah memang akan kelihatan lebih berani sinonim dengan simbolik warna merah itu sendiri dan hitam pula dengan 'kemanisan' tersirat yang ada pada individu itu. Hitam manis kan. ^_^

Orait, da hampir memenuhi semua syarat.
Dan bagi memenuhi syarat terakhir, saya nak tag kawan-kawan pulak.
Haipp. Tahniah korang kena tag. Hehe.

Okies, selesai sudah semua. Dan sekarang saya nak tinggalkan link kat blog cik senah. 
Bye-bye semua. Thanx. (n_n)

p/s: picture credit to mr.mf and guys wish me luck. 
( i mean for my exam & so do for this contest. hehe. )


Sunday, May 8, 2011

CONTEST: I LOVE MY MOM

Contest : I LOVE MY MOM
As'salam.
YehooooOoO. Nak join contest. Hehe. Sgt tertarik dgn contest yang dianjurkan oleh Cik Norlida ni taw. Sebabnya contest ni bertemakan 
HARI IBU=HARI MAMA=HARI MOTHER=HARI UMI=HARI EMAK=HARI MUMMY 
(dan yang sewaktu dengannya.......^_^)
Orait. Seperti biasa, setiap contest pasti ada syaratnya bukan.
Ini syarat-syarat bagi siapa-siapa yang nak join contest tu. (copy dari cik Norlida...)
  1. follow blog ni untuk tau perkembangan terbaru (taknak pun tak pe) (DONE)
  2. letak header blog ni dan link kan ke entry ni (DONE)
  3. buat entry mengenai contest ni..CONTEST: I LOVE MY MOM . dalam entry mesti ada:
   ~bagi kutukan membina/cadangan untuk meningkatkan mutu blog ni (DONE)
  ~ buat 1 cerita/kisah anda bersama si emak tersayang(sedih or hepi terpulang) (DONE)
  ~ letak 1 gambar dengan emak yang paling ceria/bahagia (DONE)

    3. lastly, tag 2 orang kawan & tinggalkan link di komen (DONE)

   ~ itu je...entry yang dapat memikat hati Ida akan jadi pemenang

  ~ ida akan pilih 3 orang pemenang (hadiah + review blog)

TARIKH TUTUP : 1 JUN 2011 (12 MALAM)


oK. Itu tadi pasal syarat nak join contest ni. Dengan itu, saya nak mulakan langkah untuk memenuhi syarat contest ni. Hehehe..
Syarat pertama : saya da follow blog cik Norlida nie. Dia kata ada two option samada nak follow ke tak, then I'll choose to follow.. hehe
Syarat kedua: Cik Norlida suruh kita letak header blog dia & link kan dgn contest tersebut. Pun saya da buat jugak. Ada kat atas tu. ^_^
Syarat Ketiga: Buat entry mengenai contest tersebut.

ok. Kepada Cik Norlida, blog kamu canteQ. Saya suke. simple & nice sahaja. Tak byk widget and senang nak loading. Cuma pada awalnya, saya ternanti-nanti header blog kamu kat atas tu. Sebabnya lambat sikit header tu keluar. Tapi, yang tu rasanya masalah line internet kat tempat saya kot or masalah size header kamu yg agak besar. ( memandai je saya ni.. hehe..) Tapi, overall.. Bagi saya blog kamu canteq. Saya pun tak layak nak komen banyak sebab Im still newbie dalam dunia blogging ni. 
Thanx sebab anjurkan contest mcm ni. Mula-mula saya memang nak wat entry pasal HARI IBU ni. Tiba-tiba saya tertengok contest yang cik norlida ni anjurkan. Then, saya join la contest ni. Sambil menyelam sambil minum air. sambil join contest, sambil tu update entry. hehe. Sweet gitu. ^_^

Orait. Bila bercerita atau sebut pasal Ibu, mama, bonda, umi, mummy, emak dan sebagainya. Saya pasti setiap insan yang ada kat bumi ni mempunyai mama. Sedangkan binatang sendiri pun ada mama kan. Ye tak kawan-kawan? So, bagi saya pengorbanan dan sumbangan yang mama kita telah berikan kepada kita memang tak dapat nak ditandingi dengan apa pun pembalasan yang kita berikan kepada mereka.

Bercakap soal mama, pertama sekali yang saya nak kongsikan di sini ialah nama mama saya. Beliau bernama RAMLAH BINTI SIRAJUDDIN. canteq kan nama mama saya? sebab mama saya pun canteq. hehe. 
(korang kena kata 'iya' taw..) Bagi saya, mama adalah BEST FRIEND saya seantero dunia ni. 
( wo0o0o0o...) sebab mama lah yang paling taw dengan perangai anak dia ni dari perangai baik sampailah perangai buruk. 
Siapa lagi yang paling kenal dengan kita melainkan mama kita sendiri.


Mama merupakan seorang ibu yang sangat mengambil berat pasal hidup anak-anakya terutama perkara berkaitan pelajaran. Mama telah menghantar saya ke sekolah tadika seawal usia saya 5Tahun. So, kiranya saya ni berTadika 2tahun la (bahasa apa entah BerTadika.) Lepas tu, mama hantar saya masuk ke sekolah rendah tatkala usia saya menginjak 7tahun. Selain itu, mama juga telah menghantar saya ke sekolah agama iaitu KAFA (kelas Al-Quran & Fardhu Ain) seawal usia saya 7 Tahun sehinggalah saya darjah 6. Adik-adik saya yang lain pun memang menerima pendidikan sekolah dan agama sama seperti yang saya lalui. Bila saya tanya mama kenapa hantar kami ke sekolah tu semua. Mama akan jawab macam ni.
" Mama hantar anak-anak mama ke sekolah ni sebab mama nak anak mama nanti jadi manusia yang ada pendidikan. Tak macam mama ni. Mama dulu, masih rasa nak study tapi dah tak dapat nak sambung sebab hal-hal tertentu."

Mama saya tak mendapat pendidikan yang tinggi mana pun. Mama orang biasa yang lahir dalam keluarga yang biasa tetapi bagi saya mama saya lah salah satu wanita luar biasa yang ada kat dunia ni.
Mama wanita luar biasa sebab dia mampu lahirkan kami 4 orang beradek ke dunia dengan sempurna. 
Mama wanita luar biasa sebab mama berjaya mendidik saya supaya saya menjadi siapa saya pada hari ini.
Mama wanita luar biasa sebab mama lah tempat saya bergantung hidup.
Mama wanita luar biasa sebab dia mama terbaek yang saya pernah ada kat muka bumi ni.
(Mama korang pun pasti luar biasa kan kawan-kawan?? ^_^ )


Walaupun ada yang mengatakan bahawa HARI IBU ni haram untuk disambut, tetapi bagi saya terpulang lah kepada nawaitu a.k.a niat individu itu sendiri. Memanglah hari-hari adalah hari ibu. Tapi 9may2011 ni adalah hari ibu yang istimewa yang mana semua orang akan meraikan dan mengucapkan selamat hari ibu kat ibu-ibu mereka. Kita bukannya akan bagi ucapan SELAMAT HARI IBU tu hari-hari kat ibu kita. Mungkin ada yang berbuat demikian, tapi saya percaya tidak semua. So, kawan-kawan yang nak sambut hari ibu tu korang sambutlah. Yang penting niat kita terhadap sambutan hari ibu itu tidak terpesong dari akidah kita sebagai seorang muslim. Ye tak? ( amboi.. macam ustazah pulak.. hehe.. )

Sempena Hari Ibu ni, saya nak bagi wish kat mama supaya mama sentiasa sihat-sihat selalu dan berbahagia dengan hidup sehariannya. Sesunggunya, tiada insan lain yang dapat menggantikan mama. Mama segalanya buat kami 4 beradik. Semoga Allah mengurniakan mama umur yang panjang sampailah anak sulung dia ni dah berkahwin, beranak-pinak dan sampai mama dapat jadi seorang nenek. Maafkan semua kenakalan yang saya pernah buat sampai mama marah. So SooooOoory.... T_T
Dari kejauhan ini, saya nak jerit kat mama sesungguhnya : 
" I LOVE YOU MOM. REALLY LOVE YOU. You are the most beatiful Lady in my heart."
(n_n)
Lets review my mama picture.
..:: I LOVE YOU MOM ::..
sHe's really a beautiful lady.
*this picture was taken when I was graduated for my former form 6*
Dengan itu, saya nak tag dua member saya.

(^_^)

Thats All. Thanx For Reading.

Monday, April 4, 2011

.::Saya & Haiwan Kesayangan saya::.

Nama kucing chomey saya ni JOJO...^_^
As'salam.. 
Kali ni saya wat entry baru sebab nak join contest yang dianjurkan oleh mr.aryl..
http://carutankarutaryl.blogspot.com
Kalau anda semua berminat nak join, klik laa link tu..:)

Bercerita tentang haiwan kesayangan saya, beliau merupakan seekor kucing.. hehe.. rasanya da masuk 3 ke 4 tahun Jojo ni duduk bersama saya dan keluarga saya..:) kiranya, susah senang dikongsi bersama Jojo ni.. bezanya, Jojo ni haiwan.. so, dia tak dapat nak luahkan perasaan dia kat kita.. Ermm.. Bagi saya, Jojo ni sangat bijak.. Kalau lapar, dia reti nak mintak.. kalau haus, dia reti minum sendiri.. dan paling best tu, kalau nak buang air besar ke air kecil ke, Jojo memang tak akan sepah2 kan najis dia.. Jojo taw kat mana dia sepatutnya nak buang najis tu semua.. bijak kan Jojo saya ni?? (n_n) 
Dari segi karakter fizikal, Jojo ni agak gempal dan berisi berbanding kucing-kucing lain yang ada kat kawasan sekitar rumah saya.. hehe.. mana tak nya, kerja Jojo ni kalau tak makan, tidur, melepak.. ish3.. Jojo ni ada 2 je jenis warna kat badan dia.. ada warna hitam & putih... perggh... 
Jojo seperti zebra kan?? hehe.. 
Lagi satu, Jojo ni sangat reti berposing tatkala kamera di acukan ke arahnya.. cewah.. ada pulak mcm tu ye.. hehe.. betul.. Saya tak tipu..:) Jojo ni pun, demand sikit taw.. kadang2 tu, dia tak nak tidur kat atas lantai je.. Mesti nak share katil dgn kitorang.. So, kalau waktu malam tu, memang kami adek-beradek biasa da tidur dgn Jojo ni.. Chomey kan?? (^__^)
Ok, jom kita review gambar2 Jojo pula..
Jojo & kucinbucuk saya...(^_^)
Jojo yang suka landing di mana2 je asal dia rasa selesa..:)

Patung saya menjadi mangsa tempat Jojo nak landing..
Meja solek saya yg semak dan sempit pun Jojo nak gak landing.. aiie....

Dulu saya da kura-kura kecik.. Tapi skrg da xde..T_T
Mr.Aryl kata, saya kena komen blog dia kalau nak join contest.. So saya komen ye.. ermm.. Blog dia agak lawa.. Saya suka part banner kat atas sekali tu.. banner yg ada Mr.Aryl duduk sorang2 and title
PABILA MINDAKU BERBISIK.. such a nice title..^_^ kat mana la agaknya dia take pic tu? ok2.. saya tak nak komen banyak sebabnya saya pun baru lagi dalam dunia blogging ni.. So, Mr.Aryl & blogger2 lain silalah beri tnjuk ajar..:)


saya nak tag kwn2 saya.. hehe.. 
1) http://ciksiraplaici.blogspot.com
2) http://tinta-moden.blogspot.com
3) http://cahayapelangie.blogspot.com

Thats all for the story of my Jojo chomey n me.. hope u guys njoy reading this entry.. Tq..( n_n)
:: I LOVE JOJO ::

 P/s: Kepada mr.aryl, bagi saya menang taw! hehe.. thanks cuz organize peraduan ni.. saya suka..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...