CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, May 8, 2011

CONTEST: I LOVE MY MOM

Contest : I LOVE MY MOM
As'salam.
YehooooOoO. Nak join contest. Hehe. Sgt tertarik dgn contest yang dianjurkan oleh Cik Norlida ni taw. Sebabnya contest ni bertemakan 
HARI IBU=HARI MAMA=HARI MOTHER=HARI UMI=HARI EMAK=HARI MUMMY 
(dan yang sewaktu dengannya.......^_^)
Orait. Seperti biasa, setiap contest pasti ada syaratnya bukan.
Ini syarat-syarat bagi siapa-siapa yang nak join contest tu. (copy dari cik Norlida...)
  1. follow blog ni untuk tau perkembangan terbaru (taknak pun tak pe) (DONE)
  2. letak header blog ni dan link kan ke entry ni (DONE)
  3. buat entry mengenai contest ni..CONTEST: I LOVE MY MOM . dalam entry mesti ada:
   ~bagi kutukan membina/cadangan untuk meningkatkan mutu blog ni (DONE)
  ~ buat 1 cerita/kisah anda bersama si emak tersayang(sedih or hepi terpulang) (DONE)
  ~ letak 1 gambar dengan emak yang paling ceria/bahagia (DONE)

    3. lastly, tag 2 orang kawan & tinggalkan link di komen (DONE)

   ~ itu je...entry yang dapat memikat hati Ida akan jadi pemenang

  ~ ida akan pilih 3 orang pemenang (hadiah + review blog)

TARIKH TUTUP : 1 JUN 2011 (12 MALAM)


oK. Itu tadi pasal syarat nak join contest ni. Dengan itu, saya nak mulakan langkah untuk memenuhi syarat contest ni. Hehehe..
Syarat pertama : saya da follow blog cik Norlida nie. Dia kata ada two option samada nak follow ke tak, then I'll choose to follow.. hehe
Syarat kedua: Cik Norlida suruh kita letak header blog dia & link kan dgn contest tersebut. Pun saya da buat jugak. Ada kat atas tu. ^_^
Syarat Ketiga: Buat entry mengenai contest tersebut.

ok. Kepada Cik Norlida, blog kamu canteQ. Saya suke. simple & nice sahaja. Tak byk widget and senang nak loading. Cuma pada awalnya, saya ternanti-nanti header blog kamu kat atas tu. Sebabnya lambat sikit header tu keluar. Tapi, yang tu rasanya masalah line internet kat tempat saya kot or masalah size header kamu yg agak besar. ( memandai je saya ni.. hehe..) Tapi, overall.. Bagi saya blog kamu canteq. Saya pun tak layak nak komen banyak sebab Im still newbie dalam dunia blogging ni. 
Thanx sebab anjurkan contest mcm ni. Mula-mula saya memang nak wat entry pasal HARI IBU ni. Tiba-tiba saya tertengok contest yang cik norlida ni anjurkan. Then, saya join la contest ni. Sambil menyelam sambil minum air. sambil join contest, sambil tu update entry. hehe. Sweet gitu. ^_^

Orait. Bila bercerita atau sebut pasal Ibu, mama, bonda, umi, mummy, emak dan sebagainya. Saya pasti setiap insan yang ada kat bumi ni mempunyai mama. Sedangkan binatang sendiri pun ada mama kan. Ye tak kawan-kawan? So, bagi saya pengorbanan dan sumbangan yang mama kita telah berikan kepada kita memang tak dapat nak ditandingi dengan apa pun pembalasan yang kita berikan kepada mereka.

Bercakap soal mama, pertama sekali yang saya nak kongsikan di sini ialah nama mama saya. Beliau bernama RAMLAH BINTI SIRAJUDDIN. canteq kan nama mama saya? sebab mama saya pun canteq. hehe. 
(korang kena kata 'iya' taw..) Bagi saya, mama adalah BEST FRIEND saya seantero dunia ni. 
( wo0o0o0o...) sebab mama lah yang paling taw dengan perangai anak dia ni dari perangai baik sampailah perangai buruk. 
Siapa lagi yang paling kenal dengan kita melainkan mama kita sendiri.


Mama merupakan seorang ibu yang sangat mengambil berat pasal hidup anak-anakya terutama perkara berkaitan pelajaran. Mama telah menghantar saya ke sekolah tadika seawal usia saya 5Tahun. So, kiranya saya ni berTadika 2tahun la (bahasa apa entah BerTadika.) Lepas tu, mama hantar saya masuk ke sekolah rendah tatkala usia saya menginjak 7tahun. Selain itu, mama juga telah menghantar saya ke sekolah agama iaitu KAFA (kelas Al-Quran & Fardhu Ain) seawal usia saya 7 Tahun sehinggalah saya darjah 6. Adik-adik saya yang lain pun memang menerima pendidikan sekolah dan agama sama seperti yang saya lalui. Bila saya tanya mama kenapa hantar kami ke sekolah tu semua. Mama akan jawab macam ni.
" Mama hantar anak-anak mama ke sekolah ni sebab mama nak anak mama nanti jadi manusia yang ada pendidikan. Tak macam mama ni. Mama dulu, masih rasa nak study tapi dah tak dapat nak sambung sebab hal-hal tertentu."

Mama saya tak mendapat pendidikan yang tinggi mana pun. Mama orang biasa yang lahir dalam keluarga yang biasa tetapi bagi saya mama saya lah salah satu wanita luar biasa yang ada kat dunia ni.
Mama wanita luar biasa sebab dia mampu lahirkan kami 4 orang beradek ke dunia dengan sempurna. 
Mama wanita luar biasa sebab mama berjaya mendidik saya supaya saya menjadi siapa saya pada hari ini.
Mama wanita luar biasa sebab mama lah tempat saya bergantung hidup.
Mama wanita luar biasa sebab dia mama terbaek yang saya pernah ada kat muka bumi ni.
(Mama korang pun pasti luar biasa kan kawan-kawan?? ^_^ )


Walaupun ada yang mengatakan bahawa HARI IBU ni haram untuk disambut, tetapi bagi saya terpulang lah kepada nawaitu a.k.a niat individu itu sendiri. Memanglah hari-hari adalah hari ibu. Tapi 9may2011 ni adalah hari ibu yang istimewa yang mana semua orang akan meraikan dan mengucapkan selamat hari ibu kat ibu-ibu mereka. Kita bukannya akan bagi ucapan SELAMAT HARI IBU tu hari-hari kat ibu kita. Mungkin ada yang berbuat demikian, tapi saya percaya tidak semua. So, kawan-kawan yang nak sambut hari ibu tu korang sambutlah. Yang penting niat kita terhadap sambutan hari ibu itu tidak terpesong dari akidah kita sebagai seorang muslim. Ye tak? ( amboi.. macam ustazah pulak.. hehe.. )

Sempena Hari Ibu ni, saya nak bagi wish kat mama supaya mama sentiasa sihat-sihat selalu dan berbahagia dengan hidup sehariannya. Sesunggunya, tiada insan lain yang dapat menggantikan mama. Mama segalanya buat kami 4 beradik. Semoga Allah mengurniakan mama umur yang panjang sampailah anak sulung dia ni dah berkahwin, beranak-pinak dan sampai mama dapat jadi seorang nenek. Maafkan semua kenakalan yang saya pernah buat sampai mama marah. So SooooOoory.... T_T
Dari kejauhan ini, saya nak jerit kat mama sesungguhnya : 
" I LOVE YOU MOM. REALLY LOVE YOU. You are the most beatiful Lady in my heart."
(n_n)
Lets review my mama picture.
..:: I LOVE YOU MOM ::..
sHe's really a beautiful lady.
*this picture was taken when I was graduated for my former form 6*
Dengan itu, saya nak tag dua member saya.

(^_^)

Thats All. Thanx For Reading.

6 comments:

  1. welcome.. yup.. kalau cerita pasal mama je mesti jadik sweet.. hehe.. thanx yup...^_^

    ReplyDelete
  2. jerza.. ey.. wats with d smile.. hehe..:)

    ReplyDelete
  3. gud luck..nice entry...

    jom undi..
    http://sweetchoc91.blogspot.com/2011/05/undian-masuk-maharaja-lawak.html

    ReplyDelete
  4. tahniah anda menang

    http://norlida89.blogspot.com/2011/07/update-pemenang-contest-i-love-my-mom.html

    ReplyDelete

143 Budak Hitam bagi komen!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...